Sunday, July 17, 2011

Mang (Udang Kara)


Satu daripada spesis udang. Di Sarawak dipanggil "Mang"...di semenanjung Udang Kara..Tetapi, kalau dibuat perbandingan "Mang" lebih besar..agresif dan agak pelik. Sesiapa yang pernah makan, rasanya agak tawar. Harga seguni RM35. Kalau nak buat lauk kenduri, mungkin agak jimat...hahaha Paling mudah ditangkap apabila waktu air pasang besar. Anda berani untuk mencuba? Saya tidak...








Friday, May 27, 2011

i-City Shah Alam, Selangor.

i-City atau Taman i-City Selangor bertempat di Seksyen 7, Shah Alam merupakan taman pertama yang berkonsepkan taman cahaya (lampu LED). Taman ini sangat menarik kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan sintetik dan haiwan sintetik yang menjadi hiasan utama di dalam taman ini. Kos taman i-City ini dianggarkan bernilai RM2juta. Pengunjung berkereta dikenakan tol sebanyak RM10.








Tuesday, May 24, 2011

Sejarah Nikon



Nikon (Nikon Corporation) merupakan satu daripada syarikat dari matahari terbit yang mengkhususkan pengeluaran dan penghasilan kamera, binokular, mikroskop, alat pengukuran, alatan semikonduktur dan fotolitografi. Ia diasaskan pada 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo (Industri Optikal Jepun). Kemudian nama itu ditukar kepada Nikon Corp pada 1988. Nikon juga merupakan sebahagian daripada syarikat Mitsubishi Group. Nama Nikon wujud sejak 1946 hasil daripada gabungan Nippon kogaku dan Zeiss Ikon. Antara percapaian hebat ialah penghasilan Lensa kamera Nikkor  untuk kamera SLR (Single Lens Reflect). 



Nikonos pula dihasilkan untuk meningkatkan keupayaan kamera menangkap gambar di dalam air. Siri kamera Nikon F ialah kamera profesional menggunakan filem 135 SLR. Kamera Nikon siri D merujuk kepada kamera Nikon Digital SLR (DSLR). 


Nikon D60 merupakan model terlaris kerana berjaya dijual sehingga hampir 2juta unit di seluruh dunia.

                                                                               Sumber :  Wikipedia


Thursday, May 19, 2011

Kg. Betanak, Pulau Bruit (Fauna)

Seekor anak payau (rusa) ditangkap oleh orang kampung. 4 minggu kemudian, mati akibat jangkitan kuman dari kesan gigitan anjing pemburu.
(MA Ijan dah rekeman nak bg suntikan, deme yang tak kesiyo...)

 Satu daripada beberapa ekor helang yang dibela oleh orang kampung. Mereka mengatakan dari spesis "Western Eagle"..
(idak le awak tau beno atau idaknye..)

 Satu dariapada udang kara yang berjaya ditangkap. Rasanya macam udang. Boleh membesar sehingga saiz lengan orang dewasa.
(Mule2 tengok terkejut awak. Deme suroh rase, idak le selere. Gamaknye, betol ke rase mcm udang?)


Seekor ketam ditangkap menggunakan 'pancing mini'. Hujung pancing diikat tali atau benang berbentuk bulat untuk memudahkan kepit ketam ditarik keluar daripada lubang.
(awak belajo dari anak Cikgu Nuri. depe semue lg le cerodik dari awak..)

Lokasi gambar di halaman rumah sewa milik Haji Maludin. Satu daripada beberapa tempat paling selesa di Kg. Betanak.

Lokasi gambar di kuarters guru SK Penibong. 

 Ketam nipah. Memang banyak disana. 1kg boleh cecah RM10. Satu daripada makanan istimewa orang kampung. Jika hasil banyak, akan dijual di Sarikei.
(Pernah awak tengok sebeso buah nyo!)

Gambar di tangkap menggunakan Tamron 70mm-300mm. Satu daripada lensa yang akan bertambah..Insya'Allah.

Monday, May 16, 2011

Lenting-lering Langkawi3





Wednesday, May 11, 2011

Lenting-lering Langkawi2






Tuesday, May 10, 2011

Lenting-lering Langkawi






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...